4 Perkara penting pelajar perlu tahu selepas SPM

MEMILIH PROGRAM YANG TEPAT SELEPAS SPM

Setelah tamat menduduki peperiksaan SPM, anda mungkin sedang memikirkan, bagaimana untuk memilih Program yang sesuai sekiranya ingin menyambungkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. Banyak perkara yang perlu anda titik beratkan dan anda perlu meneliti setiap pilihan sebelum membuat keputusan.

Tidak mengira anda dari aliran sastera atau aliran sains, terdapat 4 perkara penting yang perlu diambil kira semasa memilih destinasi untuk menyambungkan pelajaran.

 

  1. Peringkat pendidikan

Terdapat pelbagai peringkat pendidikan yang boleh anda pilih dengan kelayakan SPM. Antaranya adalah peringkat asasi, peringkat sijil dan peringkat diploma. Setiap peringkat juga ada kategori yang tersendiri. Sebagai contoh, peringkat diploma ada dua kategori, iaitu diploma kemahiran dan diploma akademik.

 

  1. Memilih Institusi

Terdapat pelbagai jenis institusi pengajian tinggi yang boleh pelajar pilih sebagai destinasi untuk melanjutkan pelajaran, yang terbahagi kepada institusi pendidikan awam dan institusi pendidikan swasta. Di Malaysia terdapat 20 buah university awam dan lebih dari 50 buah universiti swasta berserta lebih daripada 300 buah kolej. Terdapat juga pelbagai institusi pendidikan di bawah kementerian seperti Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

 

  1. Bidang pengajian & Kelayakan

Ada pelbagai bidang pengajian ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi yang boleh para pelajar pilih mengikut kelayakan serta minat masing-masing. Anda boleh mengetahui syarat permohonan minima untuk setiap program yang anda minati dengan menghubungi institusi berkenaan atau melawat ke laman sesawang institusi tersebut.

 

Ambil perhatian juga kepada peringkat pengajian yang ditawarkan oleh setiap institusi kerana ada yang hanya menawarkan sehingga peringkat sijil atau diploma sahaja. Ada pula yang menawarkan hanya peringkat ijazah sahaja. Ada juga institusi yang menawarkan semua peringkat pendidikan.

 

  1. Peluang pekerjaan

Jika anda risau akan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian, pilihlah program yang diperlukan oleh industri pada masa kini.

 

4 perkara ini sangat penting kepada pelajar yang telah menamatkan pelajaran di peringkat SPM, supaya bidang yang dipilih adalah sesuai dengan minat para pelajar dan mempunyai peluang pekerjaan. Dengan begitu, para pelajar dapat mengelakkan isu pengangguran di masa kelak.

APAKAH PROGRAM YANG DITAWARKAN & MENGAPA IANYA PENTING

Bidang yang ditawarkan di university & Kolej boleh diklasifikasi kan kepada beberapa bidang. Bidang pendidikan terlalu meluas dari segi akademik dan kelayakan kemahiran atau program di bawah cabangan subjek yang sama. Tambahan pula, program yang ditawarkan di bawah bidang yang sama memerlukan kelayakan yang sama untuk pendaftaran.

Dengan mengetahui bidang apa yang anda minati, anda boleh menetapkan kerjaya yang sesuai dengan minat anda. Kerjaya anda sesuai dengan bidang pelajaran yang diceburi, atau anda akan mengetahui bahawa anda juga meminati bidang lain.

Untuk memastikan anda memilih pilihan yang tepat. Bidang yang anda inginkan mestilah berdasarkan minat anda dan bidang tersebut merupakan batu loncatan atau permulaan langkah untuk mencapai kerjaya yang di inginkan.

 

Antara bidang pendidikan yang ada di Malaysia

  • Kejuruteraan
  • Pendidikan
  • Pengkomputeran
  • Komunikasi & Penyiaran
  • Pengurusan & Petadbiran perniagaan
  • Teknik Audio- Visual & Penghasilan Media
  • Seni & Reka Bentuk
  • Seni Bina & Banggunan
  • Pertanian
  • Perhutanan
  • Perikanan & Veterina
  • Perakaunan & Kewangan
  • Perlindungan Alam sekitar
  • Hospitaliti & Perlancongan
  • Kemanusiaan
  • Bahasa
  • Undang-undang
  • Pembuatan & Pemprosesan
  • Pemasaran & Jualan
  • Matematik & Statistik
  • Perubatan & Penjagaan Kesihatan
  • Teknologi & Rawatan Perubatan
  • Sains (Sains Biology & Sains Fizikal)
  • Perkhidmatan keselamatan
  • Khidmat social
  • Perkhidmatan pengangkutan

dan banyak lagi…

<a href=’https://www.freepik.com/photos/school’>School photo created by freepik – www.freepik.com</a>