Kolej Laila Taib akan berpandukan kepada Notis Privasi ini dalam pengendalian data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010. Kolej Laila Taib mempunyai hak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu dan sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman web atau emel.
Data Peribadi
Data peribadi individu yang dikumpul dan diproses oleh Kolej Laila Taib termasuk (bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan dan diakses): –
- Nama
- Kad Pengenalan/Pasport
- Maklumat nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi
- Agama
- Status perkahwinan
- Latar belakang keluarga
- Keputusan Peperiksaan Awam/Kolej/Universiti yang lepas
- Rekod Akademik
- Gambar
- Alamat tempat tinggal
- Tempat lahir
- Alamat emel
- Maklumat yang direkod dalam audio dan/atau format video (termasuk suara, rakaman video dan kamera litar tertutup )
- Data peribadi lain yang berkaitan yang diperlukan oleh pihak pengurusan Kolej Laila Taib
Sumber Data Peribadi
Kolej Laila Taib mengumpul data peribadi individu daripada pelbagai sumber seperti: –
- Pelajar atau Bakal Pelajar
Maklumat peribadi individu yang dikumpul secara langsung daripada pelajar/bakal pelajar atau secara tidak langsung daripada ibu bapa, penjaga dan/atau ejen pendidikan melalui pertanyaan dan/atau borang permohonan yang diperolehi melalui pelbagai cara, termasuklah secara talian dan salinan asal.
- Ibu bapa/Penjaga Pelajar atau Bakal Pelajar
Maklumat peribadi individu yang dikumpul secara langsung daripada ibu bapa/penjaga atau tidak langsung daripada pelajar/bakal pelajar dan/atau ejen pendidikan melalui pertanyaan dan/atau borang permohonan yang diperolehi melalui pelbagai cara, termasuklah secara talian dan salinan asal.
- Pembekal atau Penyedia Perkhidmatan
Maklumat peribadi individu dikumpul secara langsung daripada pembekal/penyedia perkhidmatan atau secara tidak langsung daripada majikan atau rujukan pembekal/penyedia perkhidmatan apabila mengemukakan tender untuk projek atau sebagai sebahagian daripada urus niaga perniagaan.
- Pekerja
Maklumat peribadi individu dikumpulkan secara langsung daripada semua individu yang akan bekerja, sedang bekerja atau tiada bekerja lagi di Kolej Laila Taib.
- Majikan
Maklumat peribadi individu dikumpulkan secara langsung daripada majikan semasa atau yang sebelumnya.
- Laman Web
Alamat IP individu akan dilog masuk secara automatik ke “Server” kolej. Pihak kolej tidak akan mengenal pasti alamat IP individu untuk setiap pautan melainkan jika terdapat apa-apa salah laku web yang serius. Setiap individu boleh menutup fungsi “Cookies” dalam “Browser” untuk mengelakkan sebarang penyimpanan data tertentu dalam sistem individu.
Laman web Kolej Laila Taib mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang diberikan untuk maklumat tertentu. Laman-laman ini mungkin mempunyai notis privasi mereka sendiri, pihak kolej mencadangkan semua individu untuk mengkaji notis privasi laman-laman web tersebut jika melawat laman web berkaitan. Pihak Kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap laman web yang dipautkan atau penggunaan laman web tersebut.
Tujuan Data Peribadi
Maklumat peribadi individu akan dikumpul dan diproses oleh Kolej Laila Taib sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut: –
- Untuk pentadbiran am dan tujuan rekod
- Untuk tujuan pendidikan dan berkaitan kepentingan Kolej Laila Taib
- Untuk laporan kerajaan
- Untuk pengurusan prestasi
- Untuk tujuan komunikasi
- Untuk pengiklanan dan berita
- Untuk memenuhi kewajipan undang-undang
- Untuk mengesahkan geran biasiswa dalaman/luaran individu
- Untuk memproses apa-apa kepentingan dan perkhidmatan
- Untuk memproses apa-apa bayaran yang berkaitan dengan transaksi komersial
- Untuk mengesan penyediaan barangan dan perkhidmatan individu kepada pihak kolej
- Untuk pengurusan rekod dalaman
Pendedahan Data Peribadi
Kolej Laila Taib akan memastikan bahawa data peribadi individu adalah terhad kepada pekerja Kolej Laila Taib yang memerlukan data tersebut untuk mengakses dan memproses data peribadi individu untuk keperluan skop pekerjaan masing-masing. Hanya data peribadi yang diperlukan akan didedahkan kepada kakitangan yang berkaitan.
Maklumat yang dikumpul mungkin akan didedahkan kepada pelbagai organisasi, termasuk: –
- Jabatan Kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia, PTPTN, KWSP, SOCSO, Yayasan Sarawak, Jabatan Imigresen, Jabatan Perangkaan, agensi kawal selia dan badan-badan akreditasi.
- Organisasi luaran seperti badan-badan profesional, jabatan kerajaan atau hospital kerajaan, berkaitan dengan pengajian individu.
- Rakan kongsi kami, pembekal usaha sama, dan institusi lain yang menawarkan program-program pendidikan luar, pertukaran ataupun sama.
- Kerajaan Luar Negara, kedutaan dan pihak berkuasa jika individu mendaftar dalam program pendidikan di Luar Negara
- Penaja pendidikan individu.
- Penguatkuasaan undang-undang kawal selia dan agensi-agensi kerajaan atau oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa
- Pihak ketiga seperti
- syarikat insurans,
- institusi kewangan untuk biasiswa, pinjaman, elaun, gaji
- pihak ketiga yang diberi kuasa oleh individu
- ibu bapa/penjaga individu (pelajar yang berumur di bawah 18 tahun),
- penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh Kolej Laila Taib seperti juruaudit, peguam, syarikat setiausaha , kontraktor dan lain-lain
Penyimpanan Data Peribadi
Kolej Laila Taib akan menyimpan maklumat peribadi individu untuk tujuan di atas, memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan, serta memenuhi keperluan dalaman Kolej Laila Taib. Jika maklumat peribadi anda tidak lagi diperlukan bagi tujuan yang dinyatakan di atas, maka maklumat tersebut akan dimusnahkan dan/atau dihapuskan.
Keizinan Individu
Dengan memberikan dan mengemukakan data peribadi individu kepada Kolej Laila Taib bermakna individu telah bersetuju bahawa data peribadi tersebut akan dikendalikan mengikut Notis Privasi dan dasar yang berkaitan.
Kami mungkin mengumpul, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi individu tanpa pengetahuan atau persetujuan individu dimana kami dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang atau keperluan undang-undang untuk berbuat demikian.
Menarik Balik Persetujuan
Individu boleh menarik balik persetujuan kepada Kolej Laila Taib untuk memproses data peribadinya dengan menulis surat dan menghantarnya kepada pihak kolej. Pihak kolej mungkin meminta maklumat lanjut daripada individu untuk pengesahan identiti jika perlu. Kegagalan untuk memberikan maklumat atau menarik balik persetujuan penggunaan data peribadi akan menyebabkan Kolej Laila Taib tidak dapat memenuhi tanggungjawab kolej dalam memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada anda.
Akses kepada Data Peribadi Anda
Anda boleh memohon untuk mengakses dan mengemas kini data peribadi individu secara bertulis kepada kami melalui emel enquiries@klt.edu.my. Pihak kolej mungkin meminta maklumat lanjut daripada individu untuk pengesahan identiti dan hak untuk mengakses jika perlu.
Nota: Notis Privasi ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya berlaku percanggahan maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.